Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, anggaran kerugian susulan banjir dan kepala air yang berlaku sekitar Kupang, Baling pada 4 Julai lalu dianggarkan RM28 juta.<br /><br />Jumlah itu melibatkan kemusnahan rumah, premis perniagaan, kerosakan kenderaan, serta harta benda yang lain.<br /><br />Jumlah itu dibuat berdasarkan penilaian Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Baling ke atas lebih 900 rumah yang terlibat.
